Translate

Tahniah..bola sepak..~!!

16 Disember 2009- La ni rata-rata pakat dok sembang pasai bola sepak..Malam kemarin pasukan bola sepak Malaysia berjaya melangkah ke final bakal menentang pasukan Vietnam...pa pun tahniah buat pasukan Malaysia.~!! dari semalam sampai ke hari ni pakat dok certa pasai bola saja..ramai yang mengucapkan tahniah dan juga ada yang masih mengkritik pasukan bola sepak Malaysia...kata depa permainan yang di tunjukkan pasukan Malaysia semasa menetang Laos kalau dok kekal camtu nampak gayanya bungkuih Malaysia...kecuali perkara yang tidak di duga berlaku..kot boleh la Malaysia menang..

Saya dan shapik juga tak ketinggalan untuk menonton perlawan pada malam tersebut walaupun dah masuk minit ke-72..bila tengok perlawanan tersebut Malaysia seolah-olah berpuas hati ja dengan 1 gol..main banyak bertahan dari menyerang..sedangkan geng Laos sentiasa mengatur gerakan untuk mencari gol penyamaan sampai la berhasil..start pada tu baru la Malaysia mengatur serangan balaih sampai la ke wisel penamat yang berkesudahan dengan kemenangan 3-1...

Pandangan saya la..kalau ikut cara main malam tu memang boleh bungkuih Malaysia..Indonesia yang lebih kurang Malaysia la tak pun lebih skit pun kena sauk sampai 4-1..nampak gaya jurulatih Malaysia kena ubah strategi bagi menghadapi Vietnam sekiranya mengidamkan pingat emas...yang penting semangat melawan tu tinggi.. jangan mudah puaih hati..dan pandang rendah pada lawan..kerja berpasukan paling utama...sebab tak mustahil kita boleh menang...

seingat saya la pasukan Real Madrid pernah tewas dengan pasukan kerdil masa perlawanan bola sepak piala raja spanyol kot berbaru ni..tak silap 3-1 ka 4-1..di sebabkan memandang rendah pasukan lawan...AC Milan pernah kalah kat final liga juara-juara tahun 2005 tak silap...masa tu lawan denga Liverpool walaupun pada separuh masa pertama AC Milan mendahului 3-0...di sebabkan mudah puaih hati..semangat malawan Liverpool patut di puji walaupun ketinggalan 3-0 tapi mampu bangkit..di separuh masa kedua sampai kemenangan mejadi milik mereka..

Teringat saya mega movie kt TV3 cerita pasal American Football yang mana pasukan tu lupa nama dia..adalah pasukan 'underdog'..asyik kena belasah ja..walaupun mempunyai beberapa pemain bertaraf bintang..sampai la satu masa jurulatih tu kata..teamwork dan bantu membantu penting bukan main nak tunjuk skill sapa hebat..kalau tak leh kerjasama memang tak layak nk sarung jersi pasukan..

Satu benda yang saya tabik kat penyokong Laos walaupun kalah tapi hepi ja...tadak la nak emosional bakaq habih stadium...kalau la depa emo penyokong Malaysia yang seciput lunyai la kena pijak...camna pun selamat berjaya kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia...buktikan emas mampu kita milik...

No comments: