Translate

Sejadah Berdiri lagi!!!


08 Disember 2009- Semalam tengah dok minum kat kafeteria opis dalam pukul 10.00am..tetiba ada sms masuk berbunyi "### ..ada isu kt Sg. Kechil..sejadah berdiri kat sekolah Kg. Nanas..jadik kul 12 mlm tadi.." terkejut kami.."uih kat sini pun ada gak ka??tunggu pa lagi jom aaa.".. kata Shapiq..tanpa buang masa lagi kami pergi bertiga..Kak Mah..Shapiq dan pa'art ke tempat yang di sebutkan tadi....lebih kurang dalam 20 minit sampai kat tempat yang di tuju..Sekolah Rendah Sg. Kechil tu terletak bersempadan dengan Daerah Nibong Tebal...

Sampai kat sana kami tengok ada beberapa orang sedang berkumpul du bawah garage kereta..rupa-rupa depa pun mai nak tengok dan dengaq cerita pasai sejadah berdiri..sayangnya kami lewat sikit sebab sejadah tersebut telah diambil oleh pegawai Pejabat Agama. Dalam ramai-ramai dok berkumpul tu ..salah seorang daripada mereka ialah pengawal keselamatan sekolah terbabit yang di kenali sebagai Rahim (berbaju putih) melihat sendiri sejadah tersebut berdiri...Mula-mula kami tak percaya sebab sebelum ni pun banyak berlaku peristiwa macam ni..siap ada demo video kat internet lagi cara-cara nak bentuk sejadah seperti yang dok jadi sebelum ni..geng mana tatau yang demo ni ..bila soal selidik Pak cik Rahim ni..bukan la seperti yang didakwa oleh pendemo dalam video yang jumpa sebelum ni..dia kata hanya sejadah baru saja boleh di bentuk..yang lama tak boleh sebab dah lembut..tapi yang peliknya sejadah ni ialah sejadah lama yang dibawa oleh pak cik rahim ni dari rumah dia..


Kejadian itu bermula pukul 12.00 tgh malam apabila pak cik Rahim nak menunaikan solat di bilik yang dijadikan surau sementara(gambar)..setelah menghampar sejadah tersebut  beliau keluar mengambil wuduk..dalam masa yang sama rakannya pula sedang berehat di dalam bilik tersebut...tidak lama selepas itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus (baju kuning)merasakan sesuatu yang tidak kena apabila badannya merasa seram sejuk dan ketika dia menoleh kebelakang dan melihat sejadah tersebut mula berdiri dengan perlahan-lahan. Firdaus mula menjerit memanggil Pak cik Rahim yang ketika itu mengambil wuduk tidak jauh dari bilik tersebut. Kelam kabut dia mai dan terkejut bila tengok sejadah tu berdiri dengan sendirinya..Firdaus pun tanpa berlengah merakam gambaq sejadah tersebut menggunakan hensetnya..sejadah tersebut berdiri dengan pelbagai posisi.

Kata Pakcik Rahim ..kemungkinan ini petunjuk daripada Allah S.W.T kerana sebelum ini mereka pernah  berselisih pendapat tentang arah kiblat.


1 comment:

Anonymous said...

ni lah petunjuk dunia akhir zaman...