Translate

Kerja halai balai

28 Jan 2010- Hari ini semasa melaksanakan tugasan harian pejabat..terserempak dengan seorang hamba Allah berbangsa cina mengeluh..saya tanpa segan silu bertanya, "Apa Pasal taukey?" .. "haiya..hali-hali(hari) mata wa manyak sakit..tengok itu longkang..sudah bikin elok-elok tapi talak(tidak) kasi kemas..kilija(kerja) kasi cincai-cincai maaa.." katanya . hurmm.. ini isu ni fikir saya.. "taukey.. tempat tu kat mana? " tanya saya..
"itu lekat(dekat) Taman sli seledang (sri serdang)..". tanpa buang masa saya bergegas ke tempat yang di maksudkan dan berginilah keadaannya. 


Wah..patutlah dia hingaq(bising) memang menyakitkan mata..sapa la dia punya kontraktor..buat kerja halai balai (lepas tangan)..yang peliknya takkan pihak yang berkenaan tak mai check ka..kata taukey tadi projek ni sudah siap bukan masih dalam pembikinan. saya meninjau dengan lebih dekat lagi kawasan tersebut. Memang kerja lepaih tangan..tapi nak tuduh pun tak mau la mungkin belom selesai sepenuhnya..tengok la seminggu dua lagi kalau dok macam ni juga..sendiri mau ingat la...hehehe..

Kerja pembinaan ini juga bukan takat berselerak malah jalan yang menjadi laluan penduduk dari taman Sri Serdang ke pekan Serdang pun rosak. Kita tengok la macam mana sebab bukan jauh pun dengan pejabat Majlis Daerah lebih kurang 200 meter ja..tak tau projek ni sapa punya..kerajaan negeri ka pusat ka...tapi walau macam mana pun benda ni tak buleh biaq lama-lama nanti mai masalah lain pulak. tengok ja la sampah sarap dah tersangkut kat dalam tu pastu mula hingaq (bila) kawasan perumahan Taman sri Serdang di serang wabak denggi..salah siapa?? tepuk dada tanya iman..

Taklimat Star Rating

Bila masuk tahun baru ni..pelbagai perancangan sepanjang tahun di atur oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta termasuk la tokey-tokey perniagaan bagi mengharungi tahun baru 2010...pelbagai kursus dan taklimat diatur bagi melicinkan segala perancangan yang dibuat..bebaru ini 20/01/2010 Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu di hadiri oleh pegawai-pegawai dari Ibu pejabat Kuala Lumpur dan Alor Star di ikuti dengan pegawai-pegawai daerah seluruh negeri Kedah bagi mengikuti taklimat 'STAR RATING' yang bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Taklimat ini turut di hadiri oleh Yang Berbahagian Tuan Pengarah Penerangan Negeri Kedah. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu pejabat termasuk dari segi dokumentasi..kecerian...layanan..dan sebagainya..kiranya kalu dulu ni cakap mulut laku ..la ni sumer kena pakai surat la..suma sudah jadi fakta bukan lagi auta...