Translate

Program Jalinan Kasih Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Baru-baru ni New Town Crew mengadakan program Jelajah Kasih bagi menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan untuk warga Bandar Baharu yang memerlukan Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga mereka. Team ini di ketuai oleh Pn. Siti Nor Salwa Bt Abd. Razak (Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu bersama kakitangan yang lain serta seorang jururawat daripada Klinik Desa Air Puteh yang sama-sama turun bagi membantu dalam bab kesihatan dan juga sebagai juru pandu arah yang lebih mesra di kenali sebagai Kak Ros. Jelajah ini hanya di lakukan secara berperingkat bermula di kawasan Air Puteh

 Barangan- barangan keperluan yang di sediakan untuk bantu warga yang memerlukan


Antara rumah yang boleh kata sangat menyedihkan masih lagi ada di kawasan Bandar Baharu ni..kita cuba singgah sini..


Rumah di diami oleh seorang warga tua yang tinggal berseorangan ..rumah ada la besar reban ayam..tengok sendiri la...


Pn. Pegawai singgah menyapa mak cik tersebut dan 


menyampaikan sumbangan ..sebenarnya banyak lagi..tapi kami hanya sediakan beberapa keping gambaq aktivi pada hari tersebut.  










Pengambilan ubat penahan sakit untuk jangka panjang jejaskan jantung

PENGGUNAAN ubat penahan sakit dengan dos yang tinggi dalam tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.
Ubat dalam kumpulan yang bukan steroid berdos tinggi diketahui akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau kematian akibat sakit jantung.
Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan.
Menurut seorang penyelidik dari Universiti Oxford, Profesor Colin Baigent, pesakit yang mengambil ubat untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu.
Tekanan darah tinggi, kolesterol dan menghisap rokok akan meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah sakit jantung.
Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.
Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun.
Baigent berkata, jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung.
Menurutnya, para pesakit perlu menimbangkan cara bagi mengurangkan risiko untuk diserang sakit jantung.
Kajian itu dibiayai Majlis Penyelidikan Perubatan dan Yayasan Jantung Britain. 

Minyak ikan dapat mengurangkan kesan makanan ringan

MAKANAN ringan perlu dielakkan kerana ia mengandungi kalori yang tinggi dan menyebabkan berat badan berlebihan.
Jika sukar untuk mengatasi godaan makanan itu, ada baiknya anda mula melakukan rutin dengan mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan.
Seorang penyelidik dari Universiti Liverpool telah melakukan kajian terhadap sumbangan minyak ikan yang mengandungi asid omega-3 bagi mengurangkan kesan terhadap pengambilan makanan ringan.
Ketua Penyelidik dari Institut Penuaan dan Penyakit Kronik di Universiti Liverpool, Dr. Lucy Pickavance memberitahu, berat badan dipengaruhi oleh banyak faktor.
Menurutnya, salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi pertambahan berat badan adalah kerana pengambilan makanan.
"Pengambilan makronutrien yang berlebihan, gula kilang dan lemak tepu yang terdapat dalam makanan ringan menyebabkan peningkatan berat badan, mengganggu kadar metabolisme selain memberi kesan ke atas otak.
"Perubahan itu dapat dilihat pada struktur otak, termasuk kemampuan untuk melakukan proses pembentukan sel saraf yang baharu. Ia menyebabkan obesiti dan mempunyai kaitan dengan kehilangan fungsi saraf," katanya.
Menurut Pickavance, minyak ikan kelihatan tidak menyebabkan penurunan berat badan secara langsung.
Bagaimanapun, katanya, minyak ikan mungkin menghalang kesan-kesan buruk yang berlaku di dalam otak akibat pengambilan diet yang mempunyai kandungan lemak tinggi. Menurutnya, pengambilan diet yang mempunyai minyak ikan atau makanan tambahan ikan merupakan langkah yang positif ke arah untuk memperbaiki tahap kesihatan.


Risiko minuman berais selepas makan

Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan .Ianya akan melemahkan penghadaman. Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain. Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan. :::Moga menjadi panduan kepada ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta… Tapi di sebalik keburukan ais yg kita tau.. ada juga kebaikan nya ..
  Fakta Kelebihan Ais
 * Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
 * Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
 * Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
 * Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
 * Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

 * Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan…wallahualam

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H/ 2013M.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. SAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja. Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidup. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman. Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara. Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)