Translate

Banjir Mai Pulak

Bandar Baharu- Daerah ni bebaru ni di kejutkan dengan 'bah' (Banjir) yang melanda beberapa kawasan sekitar..diantaranya area Selama, Lubuk Buntaq, Bagan Samak ..ermm yg len tu tak berapa ingat..hehe .. Jumlah mangsa lebih kurang lam 400 orang = 130 keluarga...

NewTownCrew sempat la pi menjengok mangsa yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di sebuah Sekolah di kawasan Bandar Baharu diami lebih kurang 230 mangsa. Masa berada di sana sempatla berborak dengan mangsa ada diantara mangsa tidak berpuas hati dengan kemudahan di situ terutamanya tandas yang di takungi air. Depa merungut la nak buang air susah. tapi tu la nak buat macam mana nak bagi hotel macam yang di minta segelintir mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa sat gi melampau sangat pula cuma mungkin akan datang Jabatan Kebajikan Masyarakat dia peka tentang ni.

Ada juga segelintir mangsa yang minta macam-macam kain baju la, kalin pelikat nak jenama yang mahal la. saya dalam hati dok kata "kalau nak kain baju tunggu tsunami mai la.." . Bila di minta camtu saya terpikir juga masa Tsunami yang berlaku di Kuala Muda contohnya, sumbangan melimpah ruah kain baju datang dengan kontena, air mineral berkotak-kotak sampai boleh mandi la ayaq mineral tu last-last buang camtu ja tu yang sedih tu. Bukan nak salah sesapa la cuma kengkadang tu kata Nabil "Lu pikir la Sendiri". Belajar terima seadanya, kerajaan bantu pun takat dia mampu saja.
Dalam dok berborak dengan mangsa dan petugas di kantin sekolah, tetiba masuk 7 ke 8 biji kenderaan, dalam hati dok pikir sapa pulak yang mai ni. Bila di tanya depa bagitau Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat bersama Timbalan nya bahagian Operasi. Dengaq kata beliau ada mesyuarat kat Perak tp lupa kat mana habih mesyuarat terus mai melawat dan beri bantuan kepada mangsa.
Walaupun bila mai musim bah(banjir) orang yang paling seronok adalah budak-budak sebab buleh main air..bermacam-macam acara air yang depa main..naik sampan la..pelampong la..jala ikan la...berenang dan aksi stunt...tapi yang menarik hati krew kami ialah kanak-kanak di sini tidak terjebak malah mereka bermain di dalam kawasan dewan terbuka dan ada diantaranya mengulangkaji pelajaran. Cam ni la kita mau...mai pi keadaan camna pelajaran tidak di lupa...

Kepada mangsa banjir di harap bersabar la tuhan nak uji makna dia sayang dan kasih kepada anda semua yang bukan mangsa sesama lah kita membantu meringankan beban mereka ini.

No comments: