Translate

Program Kelab Setia Daerah Bandar Baharu

18 OGOS 2009-
Pada 18hb Ogos yang lalu, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah telah mengadakan satu program Jati Diri Pelajar Bebas Dadah dan Jenayah bertempat di Pusat Reakreasi Batu Hampar, Air Puteh Serdang. Program yang bermula jam 9.00 pagi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang..Seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru terdiri daripada 4 buah sekolah di daerah Bandar Baharu...di antaranya SMK Serdang, SMK Selama, SMK Lubuk Buntar dan SMK Dato' Ahmad Tajuddin. Program ini telah di rasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu..

Program ini bertujuan memupuk semangat jati diri yang tinggi di kalangan pelajar yang merupakan pewaris kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Antara pengisian program tersebut ialah ceramah 1 yang di sampaikan oleh Pegawai AADK Bandar Baharu, Ceramah 2 oleh pegawai penyiasat trafik daerah Bandar Baharu..

pelajar dari 4 buah sekolah menengah dalam daerah Bnadar Baharu
Khhusuk Mendengar ceramah
Setelah di sajikan dengan ceramah pada sesi pagi..Sesi petangnya pula pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpilan di beri tugasan yang perlu di selesaikan bersama ahli dalam masa yang di tetapkan. Latihan Dalam Kumpulan bertujuan memupuk semangat kerjasama di antara pelajar serta mewujudkan suasana persaingan sihat di antara kumpulan.