Translate

Pemanasan Global dok ancam kita??

Berita semalam ada cerita pasal ais atas gunung Himalaya membentuk tasik yang sepanjang 1 km dan luas lebih kuarang 0.8 km...2 hari lepaih berita tunjuk pasal kajian yang di lakukan oleh saintis di Amerika Syarikat terhadap antartika yang mencair menyebabkan kapasiti air laut meningkat...paling kesian tengok negara Maldive yang bakal di tenggelami ..bila dua berita ini di sajikan membuatkan saya terfikir bahawa dunia la ni diancam bahaya terutamanya negara kita...

Baru-baru ni kita kejutkan dengan banjir di beberapa buah negeri di sebelah utara dan juga timur negara.mungkin ini sebahagian daripada kesan dari pemanasan global..dulu negara kita bertuah kerana kedudukannya dapat menghalang daripada bencana yang besar seperti ribut taufan yang ganas...gempa bumi ..gunung berapi..banjir besar..dan sebagainya..tapi rasanya la ni tak berani nak bagi jaminan..pasai kat Pahang dah ada gempa bumi..lepas tu tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa ...Banjir besar dulu mai sekali sekala rasanya lepaih ni mai kerap kot...bukan nak mintak tapi tengok sendiri la..bukit habih kena gondoi...sungai banyak dah tercemar...percemaran udara lagi la...perindustrian...kenderaan dan sebagainya..kadang-kadang kita dok komplen juga awat la makin panaih sampai pedih kulit-kulit..kalau tak percaya cuba sekali tengah hari naik kereta tak payah bukak econ cuma bukak tingkap ja....perghhh..dia punya panaih kadang-kadang sampai sakit kepala..penyakit la pun koi bercambah ..SARS la JE la..H1N1 la tu tak kira had yang sedia dok ada...dulu kanser jarang dengaq lanie tiap-tiap orang berkebangkalian tinggi nak dapat penyakit tu ...kalau pi klinik atau hospital kerajaan ramai btoi orang sakit..kalau dalam bajet yang di bentang tiap-tiap tahun mesti ada peruntukan untuk penambahan klinik atau hospital kerajaan tapi orang dok ramai camtu gak...adakah ini kesan daripada pemanasan global..kalau ya...apa tindakan kita???adakah nak bergantung kepada kerajaan semata-mata..?? ataupun diri sendiri pun kena ambil bahagian..??

Pelbagai kempen yang di jalankan oleh kerajaan.. pertubuhan...syarikat dan sebagainya tak kirala dalam negara ka luar negara ka tapi rasanya belum mampu lagi nak menyedarkan orang ramai tak kiralah dari setinggi-tinggi darjat/pangkat hingga serendah-rendah darjat/pangkat tentang ancaman ini..Tak payah tengok jauh-jauh la ..perhatikan sekeliling kita berapa ramai yang melakukan pencemaran sama ada secara sedar atau sebaliknya dari hujung rambut sampai hujung kaki...dari pintu pagaq sampai pintu dapoq..Kebanyakan kita lebih mementingkan diri sendiri daripada sejagat..malah kita lebih suka berborak topik panas spt pilitik...gosip..hiburan dan sebagai daripada berbincang mengenai perkara yang ilmiah..

Sekarang tiba masanya kot..kita pakat ramai-ramai musabah diri apa yang akan bakal kita tinggaikan kat anak cucu kita pada masa akan datang selain daripada harta merhedak(harta benda) dan ilmu yang manfaat..Adakah kita sanggup tinggalkan keadaan yang tercemar kepada generasi yang akan datang..hidup kena pakai topeng gas FRU sebab udara tercemar...mandi dan minum ayaq acaq sebab tak mampu nak rawat terlalu kotoq..kena pakai baju angkasawan sebab kulit tak tahan kena panas yang melampau..dan lain-lain lagi ..Kita semua merupakan agen perubah masa depan..SELAMATKAN BUMI DAN GENERASI KITA fikir-fikirkan lah.~!!

kempen ..REDUSE..REUSE..RECYCLE

http://www.youtube.com/watch?v=TzOelXlPlrE



http://www.youtube.com/watch?v=oJAbATJCugs

4 comments:

ka0ri said...

anak muda zaman skang dah tak minat nak amik tahu psl isu mcm ni..yg diaorg duk sibuk amik tahu isu hiburan jer..skit2 akademi fantasia..mentor la..ape2 jela yg berkaitan hiburan..tapi langsung takde kesedaran nak amik tindakan selamatkan bumi kita yg semakin uzur..
byk buat kempen kesedaran selamatkan bumi pon tak guna kalau pemikiran anak muda sekarang masih ditakuk lama..kita bukan setakat perlu selamatkan bumi aje..kita juga perlu selamatkan pemikiran anak muda zaman sekarang..sbb merekalah penyambung generasi akan datang yang masih menetap di atas muka bumi.

Anonymous said...

biasa la kalau di jamu dengan hiburan sampai sengkak perut-perut...mana depa nak ingat..

NewTownCrew said...

sebab tu kita perlu ada jati diri yang kuat supaya tidak sengkak di jamu dengan hiburan..jamu patut padan tak pun tayah langsung..

NewTownCrew said...

sebab tu kita perlu ada jati diri yang kuat supaya tidak sengkak di jamu dengan hiburan..jamu patut padan tak pun tayah langsung..