Translate

TANAH RUNTUH



Hujan lebat yang melanda Daerah Bandar Baharu sejak beberapa hari ini telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh . Kawasan yang terlibat ialah Bukit 300 yang terletak berhampiran Kg. Batu Hampar Air Puteh. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku. Kejadian yang berlaku pada petang khamis baru-baru ini ketika hujan lebat yang melanda kawasan tersebut. Menurut saksi kejadian yang merupakan tukang kebun SK Sg. Kechil Ilir tanah runtuh tersebut berlaku lingkungan pukul 7 petang merentangi jalan ketika beliau sedang dalam perjalanan mengambil murid-murid SK Sg. Kechil Ilir di Pusat Rekreasi Batu Hampar. Walaubagaimana pun tindakan pantas anggota polis Serdang menjaga laluan dan juga pekerja Majlis Daerah Bandar Baharu yang berjaya membersihkan laluan yang tersekat menyebabkan jalan raya tersebut boleh di gunakan semula. Tinjauan NewTownCrew mendapati setiap kali hujan lebat di kawasan tersebut akan berlakunya runtuhan-runtuhan kecil di lereng bukit tersebut. Pihak berkuasa di gesa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Manakala pengguna laluan Air Puteh ke Sg. Kechil Ilir dan Relau di nasihatkan supaya berwaspada terutamanya ketika hujan lebat.

No comments: