Translate

JAMUAN RAYA NEWTOWNCREW


20 Oktober 2009-

Walaupun hampir sebulan bulan Syawal telah berlalu , sambutan Hari Raya Aidil Fitri masih lagi meriah, pelbagai rumah terbuka di adakan bagi memeriahkan suasana hari raya sama ada ia diadakan oleh Individu..syarikat..kilang..sekolah ..jabatan mahu pun agensi kerajaan ataupun swasta..


Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan tersebut. Menariknya jamuan raya ini kakitangannya bergotong-royong memasak juadah untuk tetamu yang datang..Diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah , En Anuar Asha'ari sebagai ketua Chef dan di bantu oleh kakitangan beliau iaitu Uncle Zuzun (Bang Zul ), Uncle Chapiq (Shafiq), Mama Ranggi (Kak Mah), pa'art donutz (Azhar), Nuar Rider (Anuar)
dan juga Kak Doyah yang merupakan sukarelawati .

Antara juadah yang di sediakan oleh kakitangan NewTowCrew Lontong...Gulai Ayam..Rendang Daging..Kuah Kacang/Nasik Impit..ini merupakan menu yang di masak sendiri oleh kakitangan pej. dan juga menu-menu lain yang turut serta mengimarahkan jamuan ini sama ada berbentuk sumbangan mahu pun belian. Menurut En. Anuar Asha'ari
(pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu ) "Jamuan raya secara gotong royong ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta kerjasama yang erat antara kakitangan pejabat penerangan ".

Jamuan ini di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu yang terdiri dari Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Belia Daerah..Risda..AADK..Felcra..Pej. Penerangan Kulim..Komuniti Bestari Serdang dan lain-lain lagi..walaupun dengan bajet yang kecil Pej. Pen. Daerah Bandar Baharu berjaya mengadakan jamuan raya yang cukup meriah. Majlis bermula pada pukul 12.00 tgh hari dan berakhir 3 jam kemudian.





No comments: