Translate

API MISTERI

Cerok Menanti - Sekali pandang seperti tiada apa-apa yang berlaku rumah yang tersergam indah di Kampung Cerok Menanti..Sebenarnya di dalam rumah ini lah berlaku peristiwa pelik dan mesteri mengganggu kehidupan sebuah keluarga sejak beberapa tahun dahulu.

Kehidupan Mohd. Sidek (gambar) sekeluarga terganggu lebih daripada 10 tahun. Kejadian aneh ini bermula semenjak En. Sidek menjalankan perniagaan kedai runcit. tidak tahan dengan gangguan aneh En. sidek terpaksa menjual kedai beliau dan berpindah ke Kg. Cerok Menanti. Disini beliau bersama isteri mengambil upah menoreh getah bagi menampung kehidupan keluarga. "Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari", benda aneh kembali mengganggu mereka sekeluarga. Gangguan kali ini lebih dashyat berbanding dulu apabila perkakas di dalam rumahnya terbakar dengan sendiri.

Sidek mengambil keputusan untuk menghimpun segala barangan mudah terbakar dan di letakkan satu tempat sebagai langkah berjaga dan memudahkan mereka untuk mengawal api sekiranya berlaku kebakaran. Menurut En. Sidek benda misteri ini bukan sahaja berlaku di sekitar rumahnya sahaja. malah pernah motosaikal yang digunanya terbakar ketika beliau sedang monoreh getah di kebun. Benda mesteri ini juga menganggu anak-anak beliau di sekolah tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Menurutnya lagi antara gangguan yang di alami oleh anaknya ialah dengan menyorak baju sekolah serta mengoyak buku-buku sekolah menyebabkan anaknya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pelbagai cara perubatan telah digunakan oleh keluarga ini bagi menghalau @ menghapuskan gangguan ini termasuk la khidmat perubatan dari luar negara seperti Thailand..Indonesia..Brunei..Kemboja dan lain-lain lagi termasuk lah tokoh Agama tempatan tetapi tidak berhasil..Beliau sekeluarga hanya mampu berserah kepada tuhan di atas cubaan yang menimpanya

No comments: