Translate

Tragedi Bas Express


26 Disember 2009 merupakan hari yang mengejutkan warga Malaysia sebab kemalangan bas ekspress yang mengakibatkan 10 orang maut...bila check balik rupanya pemandu dia terlelap..macam-macam la komen kita dengaq dan baca tak kira la lam tv ka radio ka surat khabaq ka..ada komen yang membina dan sebaliknya...antara komen yang tidak menbina..ada yang suruh perjalanan bas malam dihentikan..apa ni..cakap serupa orang tak sekolah..teringin ja nk tanya dia..kalau peraturan tu kena kat hang camna..mesti tamaunya..pastu plak ada yang suruh gantung perkhidmatan bas sani express..yang ni pun bagi saya cam orang kurang cerdik..dah terang-terang pemandu dia ngaku terlelap...pastu bila siasat bas..semua ikut spesifikasi..tadak saman..bas baru (3 bulan) tak bawak laju..cuma yang salah tu pemandu..satu syarikat plak yang kena..ingat la sama..pemandu lain nak cari makan gak..bela anak bini..serupa la tokey dia pun buka posa 24 jam..dia pun nak mencekik gak..apa punya komen..

Tapi walau macam mana pun saya  respek dengan seorang pemandu bas express ni..saya lupa la nama syarikat bas ni..saya pernah naik bas malam ke KL..pemandu dia sorang ja kalu tak silap..selepas berhenti rehat di R&R di area perak..lupa plak kat mana..bas jalan macam biasa..lebih kurang dalam 30minit bas yang saya naik tu berhenti semula kat tepi lebuhraya..mula-mula ingat rosak ..rupanya pemandu tersebut mengantuk..dengan rileknya dia pun lena..penumpang lain hairan la bas berhenti lama..ada la yang pi nak tanya sekali pemendu tu dok lena..semua penumpang lam bas tu langsung tak ganggu pemandu nak lena..depa yang len pakai turun bawah..ada yang amik angin..isap rokok..borak dan sebagainya..bila pemandu tu terjaga dan bersedia tuk teruskan perjalanan ..yang len naik duduk tempat masing-masing cam biasa..itu yang membuatkan saya respek pemandu dengan penumpang bas tersebut...

Apa pun pemandu-pemandu bas express..pastikan anda bersedia sebelum memulakan perjalanan..kalau mengantuk berenti la tepi..kalau tengah ligan trip rasa mengantuk tukaq la dengan rakan pemanduan anda walaupun ianya masih giliran anda..kalau dedua tak larat berenti la kat tempat rehat supaya pemandu dan penumpang sama-sam beroleh manfaat..

Kepada keluarga mangsa di ucapkan takziah semoga roh mereka di cucuri rahmat...

No comments: