20 November yang lalu, adalah hari last sesi persekolahan kebanyakkan sekolah. Sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis memulakan cuti akhir tahun sehari lebih awal iaitu Khamis (19 November).
Sebelum cuti anak-anak menunjukkan kepada mak bapak senarai buku tulis dan yuran yang perlu dijelaskan apabila sesi persekolah bermula awal Januari depan. Anak saya(saudara LanH) akan menduduki tahun Dua, menunjukkan dua senarai keperluan untuk sekolah pagi dan sesi petang (sekolah rendah agama rakyat)
Bagi sesi pagi bayaran pembelian buku tanpa yuran RM50 manakala belah petang pulak RM74.70. Ini bermakna perbelanjaan seorang anak.. kita lamsam lebih kurang RM200.
Jika seorang anak memerlukan RM200 untuk sesi baru persekolahan kalau lah 5 orang dah mencecah RM1000. Kalau yang masuk asrama pulak ..yuran tahunan (termasuk makan, asrama, dobi, PIBG dan pelbagai bayaran lain jumlahnya boleh sampai RM1000 setahun. Kalu la satu keluarga ada tiga orang anak dok asrama mau pi RM3000 setahun.
Tu tak kira yang dok kat IPT lagi kalau la dua orang pulak dok menara gading makan ribuan kena belanja malahan ada yang sampai puluhan ribu. banyak duit yang nak kena pakai sampai ada kisah.. mak bapak terpaksa berhutang, bergadai tanah dan memohon bantuan bagi memastikan anak-anak dapat pendidikan yang terbaik.
Hui..betapa susah ooo mak bapak nak bela anak-anak ketika meniti usia yang kita tak tau mak bapak ni nak kena panggil bila..rumah kata pi.. kuboq kata mai...
Seorang rakan mendakwa.. keluarga yang paling teruk nak biaya perbelanjaan anak-anak adalah dari golongan pertengahan (sederhana) ..sedangkan depa yang kaya tak dak nak rasa pa-pa..manakala golongan yang miskin pula menerima pelbagai bantuan seperti biasiswa dan diberi pengecualian pembayaran yuran dengan syarat anak-anak cemerlang dalam pelajaran.
walaubagaimana pun ..syukur Alhamdulillah pasai buku teks la ni kerajaan biaya manakala yuran periksa pulak dimansuhkan.
Bijak pandai ada kata.. di sebalik kesusahan ada kesenangan; ungkapan melayu menyebut berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian..bersakit-sakit dahulu ..bersenang-senang kemudian. ya la bersusah payah..bergolok gadai untuk lihat anak-anak masuk universiti dan berjaya hingga ke menara gading...kalau kita tengok masa majlis konvokesyen orang yang paling gembira ialah mak bapak kengkadang sampai meleleh ayaq mata bila tengok anaknya terima ijazah kat atas pentas..
Disebalik pengorbanan yang besaq mak bapak kat anak-anak, ada jugak golongan yang tidak rela dan sanggup berkorban (walaupun dok sambut hari raya korban) terhadap pendidikan anak-anak...ada anak yang kena berenti sekolah pada umoq muda dan di paksa berkerja tak korang jugak yang di suruh kawen..
Ada pulak anak-anak yang pilih untuk bekerja pada usia muda pasai bosan belajaq dan sebahagiannya pilih berenti sebab kesian kat mak bapak sebab daif nak tolong keluarkan keluarganya daripada kesusahan dan ada jugak yang jadikan mak bapak sebagai contoh; "mak bapak aku tak sekolah tinggi pun boleh mewah dan berkereta, buat apa nak belajar teruk-teruk"..iskk...kalau ada pun berapa % sangat habih kuat pun 1% tak pun tak sampai....
Namum apa yang boleh di banggakan ialah ibu bapak kebanyakannya berfikiran positif dalam pendidikan anak-anak...mana taknya.. ada yang sanggup hantaq anak pi tuisyen kat luar dan sanggup tunggu sampai habih..pasai pa ?? pasai nak bagi anak-anak berjaya..mak bapak juga sanggup celapak pi hantaq ke pelbagai program motivasi dan bimbingan dan tak kisah bayaran walaupun mencecah ratusan ringgit..
Bila mai hari peperiksaan umum (UPSR..PMR..SPM..)pulak..ada ibu bapa yang sanggup ambil cuti memberi sokongan dan perangsang kepada anak-anak..masa saya ambil periksa PMR & SPM...mak saya akan ambil cuti duduk di rumah menunaikan solat sunat...baca yassin bermula dari masuk dewan peperiksaan sampai habih periksa..
Memang pengorbanan duit ringgit dan masa itu rasa berbaloi...apabila pada hari pengumuman peperiksaan si anak mengungkap.. "Ayah, ibu, chek (saya) dapat 5A (UPSR)...atau 9A(untuk SPM)..atau 10A1(untuk SPM)!".....
-idea asal saudara LanH-
NewTownCrew mengambil kesempatan ni mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak En. Anuar Asha'ari (Mr.Deal) di kecemerlangan mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ni..dan juga kepada mak bapak seMalaysia yang anaknya cemerlang dalam peperiksaan baru-baru..pengorbanan anda memang berbaloi-baloiii...
No comments:
Post a Comment