Translate

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

by Jabatan Penerangan Malaysia on Monday, August 16, 2010 at 8:28am
Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu. Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu. Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit. Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini). Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
- Kintop -Body Beaus
- BMI-9 Xylimming Capsule
-Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
-Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
- Obexlim -Slimax Coffee
- Beaute Fit Body Contour
- Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
- 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
- Makjun Taufiq Dua Istimewa
- Majun Dua Istimewa
- Ginseng Jin Fui Wan
- Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
- Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
- Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
- Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
- Makjun Syafiq 3 Istimewa
- Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
- Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
- Eriesya Spa Beauty Cream
- Atika Beauty Renewal Cream
- Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
- Ratna Sari Whitening Night Cream
- Tia Amelia Krim Jeragat
- Chantique Whitening Night Cream
- RZAC White Pearl Cream
- Nuriz Day and Night Cream
- Elite Rias Er Cream
- R&Z Whitening Night Cream
- Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
- Pigmentation Recovery Complex
- Zara Rejuvenation Cream
- Natasya Krim Herba Gold
- De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
- Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
- Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
- Qian Tong Dan
- Raja Ubat Resdung
- Coral Plus UA 350MG

Pemanasan Global dok ancam kita??

Berita semalam ada cerita pasal ais atas gunung Himalaya membentuk tasik yang sepanjang 1 km dan luas lebih kuarang 0.8 km...2 hari lepaih berita tunjuk pasal kajian yang di lakukan oleh saintis di Amerika Syarikat terhadap antartika yang mencair menyebabkan kapasiti air laut meningkat...paling kesian tengok negara Maldive yang bakal di tenggelami ..bila dua berita ini di sajikan membuatkan saya terfikir bahawa dunia la ni diancam bahaya terutamanya negara kita...

Baru-baru ni kita kejutkan dengan banjir di beberapa buah negeri di sebelah utara dan juga timur negara.mungkin ini sebahagian daripada kesan dari pemanasan global..dulu negara kita bertuah kerana kedudukannya dapat menghalang daripada bencana yang besar seperti ribut taufan yang ganas...gempa bumi ..gunung berapi..banjir besar..dan sebagainya..tapi rasanya la ni tak berani nak bagi jaminan..pasai kat Pahang dah ada gempa bumi..lepas tu tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa ...Banjir besar dulu mai sekali sekala rasanya lepaih ni mai kerap kot...bukan nak mintak tapi tengok sendiri la..bukit habih kena gondoi...sungai banyak dah tercemar...percemaran udara lagi la...perindustrian...kenderaan dan sebagainya..kadang-kadang kita dok komplen juga awat la makin panaih sampai pedih kulit-kulit..kalau tak percaya cuba sekali tengah hari naik kereta tak payah bukak econ cuma bukak tingkap ja....perghhh..dia punya panaih kadang-kadang sampai sakit kepala..penyakit la pun koi bercambah ..SARS la JE la..H1N1 la tu tak kira had yang sedia dok ada...dulu kanser jarang dengaq lanie tiap-tiap orang berkebangkalian tinggi nak dapat penyakit tu ...kalau pi klinik atau hospital kerajaan ramai btoi orang sakit..kalau dalam bajet yang di bentang tiap-tiap tahun mesti ada peruntukan untuk penambahan klinik atau hospital kerajaan tapi orang dok ramai camtu gak...adakah ini kesan daripada pemanasan global..kalau ya...apa tindakan kita???adakah nak bergantung kepada kerajaan semata-mata..?? ataupun diri sendiri pun kena ambil bahagian..??

Pelbagai kempen yang di jalankan oleh kerajaan.. pertubuhan...syarikat dan sebagainya tak kirala dalam negara ka luar negara ka tapi rasanya belum mampu lagi nak menyedarkan orang ramai tak kiralah dari setinggi-tinggi darjat/pangkat hingga serendah-rendah darjat/pangkat tentang ancaman ini..Tak payah tengok jauh-jauh la ..perhatikan sekeliling kita berapa ramai yang melakukan pencemaran sama ada secara sedar atau sebaliknya dari hujung rambut sampai hujung kaki...dari pintu pagaq sampai pintu dapoq..Kebanyakan kita lebih mementingkan diri sendiri daripada sejagat..malah kita lebih suka berborak topik panas spt pilitik...gosip..hiburan dan sebagai daripada berbincang mengenai perkara yang ilmiah..

Sekarang tiba masanya kot..kita pakat ramai-ramai musabah diri apa yang akan bakal kita tinggaikan kat anak cucu kita pada masa akan datang selain daripada harta merhedak(harta benda) dan ilmu yang manfaat..Adakah kita sanggup tinggalkan keadaan yang tercemar kepada generasi yang akan datang..hidup kena pakai topeng gas FRU sebab udara tercemar...mandi dan minum ayaq acaq sebab tak mampu nak rawat terlalu kotoq..kena pakai baju angkasawan sebab kulit tak tahan kena panas yang melampau..dan lain-lain lagi ..Kita semua merupakan agen perubah masa depan..SELAMATKAN BUMI DAN GENERASI KITA fikir-fikirkan lah.~!!

kempen ..REDUSE..REUSE..RECYCLE

http://www.youtube.com/watch?v=TzOelXlPlrE



http://www.youtube.com/watch?v=oJAbATJCugs

Kini di Pasarannn..~~!!

Kini dipasarannn...bahan penerbitan terbaru..boleh di dapati di mana-mana pejabat penerangan daerah di seluruh negara...SECARA PERCUMA..~!!

kembangkan minda dengan bacaan yang berfaedah...



SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA:
TEMA & LOGO 1957-2009




MALAYSIA 08





CORETAN KENANGAN
TUNKU ANDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ




THE 2010 BUDGET

dan banyak lagi penerbitan yang terdapat di sana....

Kentuittt...



Antara perbuatan yang seronok kebanyakan orang buat ialah kentot la selain daripada menggaru....korek telinga/hidong dan banyak lagi malaih nak pikiaq kat hangpa.. lu pikir la sendiri...tapi tu la bila melopeh ja kengkadang tu tak kena tompek la..time tak kena la dan tak pandai cover line...hehehe..Haaa.~!! meh nak berkongsi bab kentuit(kata pi'ee jerlon) ...

AWAL PAGI...

Cara terbaik awai-awaiii pagi ialah kasi lepas satu daih kentot yang Kaw-kaW punya serupa teh tarik dalam selimut sambil dok merekot..

KEBIASAAN DAN UMUM

lepaih angin kus-kus serupa angin bayu ni baik dalam banyak hal...bau pn tadak la kuat sangat pasai dia dok lepaih masa dok berjalan..jangan lepaih maso berlari taku berteranoq plak..yang kena serah pada yang pakar..En. Pokyan..

LEPASAN MENDATAR

Lepasan kira level biasa ja masa ni kat sekolah atau melepak dan bergurau bersama kawan-kawan..yang ni meninggalkan kesan gelembong kat juburi dan skit kunin2..hehehe~!!

JAMUAN

Semasa di jamuan dan tandas time tu tengah guna..cara yang selamat pi kat sudut memana ..buat ursha gambaq lukisan..sambil-sambil terbatuk lepaih la pelan-pelan sapa pun tak sedaq ..tapi bau mau tau la tambah pulak time sakit perut...

MENGGELEGAK

yang ni pior punya..tengah dok berjalan tetiba ja lepaih skali macam meriam katak..kalau ni kena pi singgah bilik ayaq cheq tengok kena cuci..

PEJABAT

yang tak dapat elak la masa dok pejabat dan tiba-tiba terjadi tak sempat nk lari pi tang len..yang buat muka selamba ja seolah bukan dia yang kentot..yang ni kena cover cemerlang punya kalau tak kantoi la pasai yang ni baunya...heheheh~!! dalam econ plak tu...sendiri mau ingat la...


kita kalau kat malaysia kentot ja mesti orang kata tak hormat la kurang ajaq la..memacam lagi..tapi kalau kat negara luaq kalau kentot depa kata baguih..kalau tengah makan kat majlis rasmi ka reramai ka kita terkentut depa tak kata pa..ok ja..tapi kalau kita sendawa depan depa memang depa kata tak sopan/hormat ...