Translate

Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts

Keta Luncoq...



Al-Fatihah untuk mangsa yang meninggai dunia...


Salamzz...Walaupun kejadian ni dah lepaih...saya bukan nak tunding jari sesapa...cuma pendapat peribadi saja...hari pertama bila tgk berita dan baca surat khabar...terkejut gak la...kereta boleh terjun masuk dalam shopping complex...perkara yang pertama terlintaih kat kepala..sahih pompuan tu tatau bawak yang ke-2 jarak  pendek kalu ramai tolak tak pa la..kalu sorang perlu jarak yang jauh sbb makan lajak yang ke-3 suruh yang tatau pi bawak...teringat saya kat iklan streamyx "kenapa percaya kepada yang tidak berpengalaman"....

Teringat saya masa dok kat Kola lompo dulu...masa tu sengkek gak la..mau tak ..bawak keta tadak starter..keta plak cap lama Toyota Wagon DX..tak silap setahun lebih ada la...bawak keta tadak starter..kalu  pi memana ja mesti parking kat tempat tempat tinggi..sbb nanti nk luncur senang...hehehe bawak keta ja mesti habih berhati-hati jangan sampai enjin mati...kalu tak ketaq kaki la menolak...pernah skali nak pi kerja..tolak keta tapi tak hidop enjin..last skali tinggai camtu ja la..pi keja naik bas..penah skali memba mintak tolong bawak dia pi beli tiket kat Puduraya..seksa la gak..parking kereta kat tepi 7eleven depan tu..sbb jalan naik bukit.. letak bata bawah taya..tarik hand brake kasi kuat...nak balik ja..buang bata ..masuk gear 2..turun handbrake kasi luncur pastu kasi lepas iku clucth..bedesup gak dia punya pi..tang ni yang bahaya..kalu tatau control..clucth..brake ngan minyak..memang luncur serupa ataih ais..pernah gak keluar ngan sorang awek ni pi makan..tapi bila nk balik ja dia tamau tolong tolak..adeiiii terpaksa tolak sorang2..yang dia dok syok ja lam keta ..hampeh toiiii..pasai tu tak amik wat bini...heheheh..haaa...kalu nk tau teknik nak tolak kereta sengsorang kat jln yang rata...mai sini nak kasi kursus sivik skit..pengeras tak mahaiii 3 1/3 det...hehehehe..

Tapi tu la pengalaman yang leh kongsi ..tapi walaubagaimana pun.. berbalik cerita KB Mall ..kejadian tu semua adalah ketentuan ilahi..sapa pun tak mau jadi camtu..mungkin ada hikmat di sebaliknya..Wallahuallam ..kami NewTownCrew mengucapkan takziah kepada keluarga si mati...moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman...aminnnnn...

Sejadah Berdiri lagi!!!


08 Disember 2009- Semalam tengah dok minum kat kafeteria opis dalam pukul 10.00am..tetiba ada sms masuk berbunyi "### ..ada isu kt Sg. Kechil..sejadah berdiri kat sekolah Kg. Nanas..jadik kul 12 mlm tadi.." terkejut kami.."uih kat sini pun ada gak ka??tunggu pa lagi jom aaa.".. kata Shapiq..tanpa buang masa lagi kami pergi bertiga..Kak Mah..Shapiq dan pa'art ke tempat yang di sebutkan tadi....lebih kurang dalam 20 minit sampai kat tempat yang di tuju..Sekolah Rendah Sg. Kechil tu terletak bersempadan dengan Daerah Nibong Tebal...

Sampai kat sana kami tengok ada beberapa orang sedang berkumpul du bawah garage kereta..rupa-rupa depa pun mai nak tengok dan dengaq cerita pasai sejadah berdiri..sayangnya kami lewat sikit sebab sejadah tersebut telah diambil oleh pegawai Pejabat Agama. Dalam ramai-ramai dok berkumpul tu ..salah seorang daripada mereka ialah pengawal keselamatan sekolah terbabit yang di kenali sebagai Rahim (berbaju putih) melihat sendiri sejadah tersebut berdiri...Mula-mula kami tak percaya sebab sebelum ni pun banyak berlaku peristiwa macam ni..siap ada demo video kat internet lagi cara-cara nak bentuk sejadah seperti yang dok jadi sebelum ni..geng mana tatau yang demo ni ..bila soal selidik Pak cik Rahim ni..bukan la seperti yang didakwa oleh pendemo dalam video yang jumpa sebelum ni..dia kata hanya sejadah baru saja boleh di bentuk..yang lama tak boleh sebab dah lembut..tapi yang peliknya sejadah ni ialah sejadah lama yang dibawa oleh pak cik rahim ni dari rumah dia..


Kejadian itu bermula pukul 12.00 tgh malam apabila pak cik Rahim nak menunaikan solat di bilik yang dijadikan surau sementara(gambar)..setelah menghampar sejadah tersebut  beliau keluar mengambil wuduk..dalam masa yang sama rakannya pula sedang berehat di dalam bilik tersebut...tidak lama selepas itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus (baju kuning)merasakan sesuatu yang tidak kena apabila badannya merasa seram sejuk dan ketika dia menoleh kebelakang dan melihat sejadah tersebut mula berdiri dengan perlahan-lahan. Firdaus mula menjerit memanggil Pak cik Rahim yang ketika itu mengambil wuduk tidak jauh dari bilik tersebut. Kelam kabut dia mai dan terkejut bila tengok sejadah tu berdiri dengan sendirinya..Firdaus pun tanpa berlengah merakam gambaq sejadah tersebut menggunakan hensetnya..sejadah tersebut berdiri dengan pelbagai posisi.

Kata Pakcik Rahim ..kemungkinan ini petunjuk daripada Allah S.W.T kerana sebelum ini mereka pernah  berselisih pendapat tentang arah kiblat.


Mangsa Banjir Dapat Doit..

07 Disember 2009- Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Bantuan Wang Ehsan..Tabung Bencana Negara Kepada mangsa banjir di daerah Bandar Baharu...Seramai 120 orang mangsa bencana menerima bantuan sebanyak RM300 sekeluarga. Progaram di adakan kat Dewan Seri Serdang bermula pukul 2.00pm dengan pendaftaran mangsa banjir..Perasmian lam kul 4.00 pm dan habih lebih kurang pukul  sejam kemudian..Yang mai rasmi program ni Yang Berbahagia Datuk Hussien, Penyelaras DUN Bandar Baharu wakil kepada Yang Berbahagia Datuk Aziz..Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu..Jabatan Perdana Menteri...


Baguih la depa amik tau kebajikan mangsa banjir ...walaupun tak seberapa berbanding kerosakan yang di alami sekurang-kurang dapat meringankan beban keluarga terutama nak masuk tahun baru ni...ya la sekolah tak lama lagi bukalah buleh buat persiapan apa yang patut..teringat saya masa banjir besar masa tahun 2005 kot tak silap...banyak tempat yang kena termasuklah perlis dan Kedah ..kebetulan masa tu saya kena bertugas kat bilik gerakan banjir di Wisma Darul Aman..macam-macam khabar angin keluaq diantaranya empangan kat Thailand pecah la..Thailand lepaih ayaq la..hehehe...kebetulan masa tu kat sana pun banjir gak..masa tu memang berlaku kerosakan besar...banyak jalan kena tutup sampai masa dok kat Jitra nak berulang pun susah sebab jalan kena tutup..


tapi yang menariknya selepas banjir masa tu kerajaan belum mengagihkan bantuan wang ehsan..tetapi beberapa individu serta persatuan mengagihkan bantuan salah satunya Persatuan Buddha..tak ingat la dari mana tapi dia mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir kat Jitra bagi meringgankan beban mereka...

Harap benda baik camni tak habih camtu saja..masa akan datang lebih ramai yang membantu..ini baru membuktikan semangat Satu Malaysia..bukannya bangsa hang..bangsa hang..bangsa aku..bangsa aku...

API MISTERI

Cerok Menanti - Sekali pandang seperti tiada apa-apa yang berlaku rumah yang tersergam indah di Kampung Cerok Menanti..Sebenarnya di dalam rumah ini lah berlaku peristiwa pelik dan mesteri mengganggu kehidupan sebuah keluarga sejak beberapa tahun dahulu.

Kehidupan Mohd. Sidek (gambar) sekeluarga terganggu lebih daripada 10 tahun. Kejadian aneh ini bermula semenjak En. Sidek menjalankan perniagaan kedai runcit. tidak tahan dengan gangguan aneh En. sidek terpaksa menjual kedai beliau dan berpindah ke Kg. Cerok Menanti. Disini beliau bersama isteri mengambil upah menoreh getah bagi menampung kehidupan keluarga. "Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari", benda aneh kembali mengganggu mereka sekeluarga. Gangguan kali ini lebih dashyat berbanding dulu apabila perkakas di dalam rumahnya terbakar dengan sendiri.

Sidek mengambil keputusan untuk menghimpun segala barangan mudah terbakar dan di letakkan satu tempat sebagai langkah berjaga dan memudahkan mereka untuk mengawal api sekiranya berlaku kebakaran. Menurut En. Sidek benda misteri ini bukan sahaja berlaku di sekitar rumahnya sahaja. malah pernah motosaikal yang digunanya terbakar ketika beliau sedang monoreh getah di kebun. Benda mesteri ini juga menganggu anak-anak beliau di sekolah tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Menurutnya lagi antara gangguan yang di alami oleh anaknya ialah dengan menyorak baju sekolah serta mengoyak buku-buku sekolah menyebabkan anaknya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pelbagai cara perubatan telah digunakan oleh keluarga ini bagi menghalau @ menghapuskan gangguan ini termasuk la khidmat perubatan dari luar negara seperti Thailand..Indonesia..Brunei..Kemboja dan lain-lain lagi termasuk lah tokoh Agama tempatan tetapi tidak berhasil..Beliau sekeluarga hanya mampu berserah kepada tuhan di atas cubaan yang menimpanya