Translate

Malang Tadak Bau

15hb November 2009 - NewTownCrew pi buat tinjauan kawasan di sekitar daerah ni..sesambil buat kerja sesambil cari benda-benda yang menarik yang boleh dikongsikan dalam blog ni. Semasa dalam pejalanan pulang ke pejabat kami tengok ramai orang kat tepi jalan. "Awat pulak dah ni" kata Uncle Karoot.. "Kite benti jap..mane tahu ade bende yang menarik" sampok Hang Kodeng. Uncle Karoot memperlahankan keta sambil melintasi kawasan tersebut. rupanya ada kereta terjerumus dalam semak.."Tudia aih..lagu mana leh terjun lam tu" kata Uncle Karoot sambil terkejut kerut abih daie(dahi) sambil parking unit tepi jalan. kami pakat celapak(bergegas) turun pi tengok..rupanya baru saja berlaku ..sebab pemandunya masih kat dalam lagi..bila tanya orang ramai kat situ depa pun tatau pasai pa...nak kata elak lembu tadak pun kelibat lembu kat situ sengsorang dia ja...seorang pemuda turun kedalam semak yang di penuhi selut untuk membantu pemandunya yang masih kat dalam...bila di tanya dia kata "dreba ok ..tadak pa".. kami pun sabar menanti pemandunya sambil pemuda tu membantu mengeluarkan barang-barang yang terdapat di dalam kereta lebih kurang dalam 5 minit nampak la si pemandu ni keluar sambil tersenyum..yang kami dok heran awat mamat ni dok senyum ja..kalau aku la ayaq mata dah...kata lam hati mungkin cover macho kot pasai ramai orang dok tengok...setelah pemandu tu keluaq dengan selamatnya pakat pi dok krumun(kumpul) kat dia ..pakat dok tanya pasaipa jadi lagu tu..awat jd lagu ni..hehe..Sang Jejak pun sibok la pi dok tanya serupa wartawan plak..hehe..rupa-rupa nya pemandu ni teralit(leka) skit ja pastu kereta jatuh tebing jalan..gamak dia terkejut..apa lagi dia pun lipat la stereng tu yang boleh terjun dalam semak tu...jalan plak selekoh..nasib baik pemandu ni tidak mengalami kecederaan..cuma sedikit di baluti selut ja...nak tau pasai pa??? pasai dia pakai tali pinggang keledar...sib baik pakai katanya kalau tak wallahuallam...sib baik dia orang kawasan ni ja ...dok tak lama kawan dia sampai hantaq dia balik umah... kesimpulannya kalu pi mana tu yang paling utama baca doa...pakai tali pinggang...kalu naik motor pakai topi keledar...malang ni tadak bau..sapa pun dia sapu..

No comments: