Translate

Mengapa tidak boleh makan ikan tidak bersisik?




Satu kajian di Jepun mengesahkan bahawa jenis ikan yang tidak bersisik membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Samada ikan jenis dari laut atau sungai seperti patin dan keli atau ikan laut seperti pari(sekadar menyebut). Risiko ikan jenis tidak bersisik adalah kerana ia mengandungi kandungan RAKSA (MERCURY) yang tinggi dari ikan bersisik. Kesan rak
sa kepada seorang wanita mengandung yang kerap makan ikan tidak bersisik , insya ALLAH bakal melahir bayi `down syndrome’ . Kesan raksa yang lain adalah kandungan toksid yang tinggi dalam darah yg menjurus kepada penyakit kronik.


“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu..”(Al Baqarah, 2:168)


Oleh kerana makanan dan minuman adalah penting untuk keberterusan umat manusia, maka Allah telah memberi panduan yang terang tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Sebagai tambahan, kita juga telah diberi tunjuk ajar tentang adab dan sikap dalam makanan. Secara langsung, makan dan minum telah menjadi satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah swt, dan dengan mematuhi peraturan syariah, seseorang itu telah menunjukkan komitmen beliau kepada agamanya.



Kita dibenarkan memakan sebarang ikan asalkan ia mempunyai sisik. Makhluk laut yang lain seperti ikan paus, yu, ketam dan lain adalah haram. Satu-satunya pengecualian adalah udang, yang mana dibolehkan untuk dimakan.



Untuk membolehkan ikan itu halal dimakan, maka ia mesti diambil dalam keadaan hidup dari air tanpa mengira siapa yang menangkap atau cara menangkapnya. Untuk lebih lanjut, baca di sini.



Kajian saintifik telah semakin maju dan semakin ramai doktor dan pakar pemakanan menggalakkan penambahan ikan atau minyak ikan sebagai sebahagian dari diet. Kajian menunjukkan memakan ikan sekali atau 2 kali seminggi akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, yang mana merupakan sebab utama penyakit jantung.



Ikan bukan sahaja merupakan makanan yang mudah dan cepat untuk disediakan, malah ia mudah dihadamkan, berprotein tinggi, rendah kandungan sodium dan kalori. Ini dapat difahami apabila para pengguna yang mempunyai kesedaran kesihatan sudah mula menjadikan ikan sebagai alternatif kepada daging merah.



Berhati-hati dengan ikan tanpa sisik



Sangat menarik diperhatikan, peraturan makanan Kosher (agama Yahudi) turut mengharamkan memakan ikan tanpa sisik. Ini telah menyebabkan banyak sekali makanan yang lazat seperti kerang,siput,ketam,belut dan lain-lain “dibuang” dari senarai makanan.



Jelas sekali Tuhan yang maha esa mengetahui perkara yang mana bertahun lamanya untuk saintis membuat penemuan. Sekarang kita mengetahui bahawa ikan yang bersisik mempunyai sistem penghadaman yang menghalang penyerapan racun dan toksin ke dalam daging mereka.



Ikan keli adalah contoh ikan tidak bersisik. Ikan pembangkai ini mempunyai sistem panghadaman yang menyerap toksin dari air. Ketam, lobster, kerang dan sotong tidak mempunyai sisik dan diketahui bertoksid tinggi. Mereka menyerap segala toksin secara semula jadi dari air di sekeliling mereka. Menarik juga untuk diketahui bahawa lobster dan ketam adalah krustasia yang merupakan sebahagian dari keluarga antropod, termasuklah lipas, labah-labah dan lipan.



Wallahualam.

20 comments:

Anonymous said...

orang jepun sangat suka makan belut...kena rujuk ulama jugak dalam hal ini...saranan yang agak kontrovesi!

Anonymous said...

hanya penganut syiah imam 12 yang tidak makan ikan tanpa sisik,sotong,belut dan seumpamanya..anda orang syiahkah?..orang yahudi pun tidak makan...

NewTownCrew said...

jepun sgt suka mkn vit-E, bini aku mmg suka mkn belut satu masa dulu..sblm dia blajaq pasai pemakanan & kesihatan..la mmg tak mau dh..

org mana pun tak kisah punya, yang penting benda baik kita amik benda buruk kita buang...kalu benda yg org yahudi/syiah buat tu baik dan tak salah dari segi syariat pasaipa kita nk pi dok boikot/ buang...tak salah kita ikut kan selagi tak bercanggah ngn al-Quran & hadis...tak gitu kawan??

Anonymous said...

yahudi dan syiah sama sahaja, abdullah saba' yang tercela tu pun asal dari yahudi, berlakon masuk islam (syiah).. puih!

Anonymous said...

Haha ak bace ni ak da dapt agak memg orang syiah yg tulis artikel ni.mngikut pndapt dorang,ikn tk bersisik n udang je boleh mkn.lain2 haram,air anggur pon haram kn.ikan yg mngandungi raksa tinggi tu ikan kt tgh laut,mcm salmon,tuna sea bass n yg lain2.boleh mkn tp kurgkn pngmbilannya.ikn sngai yg tk bersisik tkde raksa cume ade bisa je.tkde pulak dlm alquran sebut tk boleh mkn.lg satu tk perlu tksub sngt dengan imam2 tu.smpai nk kena pohon doa pd dorang. Doa terus pd Allah.bnyk lg la psal syiah yg tk terckp.ak memg tk setuju dgn syiah ni.ak harap satu hari nt Allah bg petunjuk pd puak ni.

Unknown said...

nk mkn ..g la mkn..ni mmg kajian..lai ko rasa dgn mkn dea food mmbuatkn ko jd islam tulen..ko mkn la

Unknown said...

nk mkn ..g la mkn..ni mmg kajian..lai ko rasa dgn mkn dea food mmbuatkn ko jd islam tulen..ko mkn la

ju sabli said...

WALLAHU'ALAM.. LAWAK LA KORANG

ju sabli said...

WALLAHU'ALAM.. LAWAK LA KORANG

Sazriman Parmab said...

aku tak terima pandangan ikan tak bersisik ni haram. Seban kalau baca kisah dari fahaman Syiah..amboi..sungguh tak masuk akal kisahnya..gi lah search dlu ok..kita bukan syiah kan...

Shahlan AIA Takaful Advisor said...

Syiah yang rogol bini orang tu x haram plak (nikah mutaah)..so malam ni aku nk rogol bini kau bleh dak smbil bincang binatang ap lagi yg x bleh mkn selain kepala bana n babi..

Unknown said...

mengarut punya pandangan..

Unknown said...

Background terang sangat..tulisan pun putih..macam mana nak baca..

Alfaqir ibnu Abi bakar said...

Org syiah suka berdusta dalam menukil kata2.. bawa2 nama Jepun sedangkan Jepun suka makan tuna tidak bersisik, ikan yu tidak bersisik, belut sotong semua tidak bersisik... Ikan tongkol antara ikan yg bersih dan baik kerana duduk di laut dalam..

Yusuf Best said...

Islam ajarkan bertoleransi antara satu sama lain. Sunni nak makan ikan tak bersisik makanlah. Syiah tak nak tak nak lah.. yang penting sama agama, sama Tuhan, sama kibla, sama sama sayang pada Rasulullah s.a.a.w nabi yang terakhir..

Umat Islam takde kerja lain yang berfaedah ke.. tak habes habes gaduh.. pasal ikan pun gaduh..

Mantapjiwa said...

Semua hidupan di laut boleh dimakan..simple..cuma mana yg berbisa boleh dibuang bisanya..haram mendenye..kau yg haram jadah min..

Ejalsook said...

sel2 otak gagal berhubung..

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

Anonymous said...

Dalam Bible ada disebut semua jenis haiwan yg tidak boleh dimakan. Lihat Imamat 11