Translate
Malang Tadak Bau
Sumbangan kain baju
Masa bulan puasa bebaru ni, NewTownCrew di hubungi oleh seorang hamba Allah yang tidak mahu di kenali beliau ingin menyumbang kain baju yang terpakai miliknya sekeluarga kepada yang memerlukan. Katanya rasa membazir la plak kalau di buang begitu saja, ada lebih baik cari amal kebajikan sedikit, tambahan pula dalam Bulan Ramadhan ni. Orang mintak tolong buat benda baik bukannya suruh merompak dan menyamun. Kami pun setuju aja..dia bagi barang..kami cari orang..sesama dapat habuan (pahala)..hehe~!Banyak gak kain baju yang di kasi lebih kurang dalam 5 beg gitu..
memula kami hantar ke pejabat kebajikan masyarakat kat serdang sebab masa tu depa tengah bagi bantuan kat orang susah jadi kami pun tumpang la sekaki letak beg yang berisi pakaian dengan harapan lepaih depa amik bantuan buleh la kelaih kain baju...bila ada lebih kalu ada aktivi bersama jabatan kerajaan atau swasta kami akan tumpang baju yang 'belen'(lebih).
memula kami hantar ke pejabat kebajikan masyarakat kat serdang sebab masa tu depa tengah bagi bantuan kat orang susah jadi kami pun tumpang la sekaki letak beg yang berisi pakaian dengan harapan lepaih depa amik bantuan buleh la kelaih kain baju...bila ada lebih kalu ada aktivi bersama jabatan kerajaan atau swasta kami akan tumpang baju yang 'belen'(lebih). Semoga Hamba Allah yang menyumbang ini di rahmati di berkati Allah..Aminnn
Program Pengimarahan Surau
Masa bulan puasa bebaru ni krew NewTown bersama Komuniti Bestari Relau buat satuu Program Pengimarahan Surau kat Kampung Kilang Batu di Relau. Ia nya bertujuan untuk mengimarahkan surau tambahan pulak bulan posa.. Kami di sambut lebih kurang 30 jemaah surau dan berbuka puasa bersama-sam
a. Kami di jamu dengan gulai kawah dan juga bubur kacang tadak la sehebat makan di hotel tapi sedap. sudah selesai berbuka kami bersama-sama penduduk menunaikan solat magrib berjemaah. sebelum mengundur diri pihak NewTownCrew menyumbang sejadah untuk kegunaan jemaah surau manakala Komuniti Bestari memberi bantuan kewangan untuk pembelian PA system surau bagi menggantikan yang telah rosak. Banjir Mai Pulak
Ada juga segelintir mangsa yang minta macam-macam kain baju la, kalin pelikat nak jenama yang mahal la. saya dalam hati dok kata "kalau nak kain baju tunggu tsunami mai la.." . Bila di minta camtu saya terpikir juga masa Tsunami yang berlaku di Kuala Muda contohnya, sumbangan melimpah ruah kain baju datang dengan kontena, air mineral berkotak-kotak sampai boleh mandi la ayaq mineral tu last-last buang camtu ja tu yang sedih tu. Bukan nak salah sesapa la cuma kengkadang tu kata Nabil "Lu pikir la Sendiri". Belajar terima seadanya, kerajaan bantu pun takat dia mampu saja.
Walaupun bila mai musim bah(banjir) orang yang paling seronok adalah budak-budak sebab buleh main air..bermacam-macam acara air yang depa main..naik sampan la..pelampong la..jala ikan la...berenang dan aksi stunt...tapi yang menarik hati krew kami ialah kanak-kanak di sini tidak terjebak malah mereka bermain di
dalam kawasan dewan terbuka dan ada diantaranya mengulangkaji pelajaran. Cam ni la kita mau...mai pi keadaan camna pelajaran tidak di lupa...
Kepada mangsa banjir di harap bersabar la tuhan nak uji makna dia sayang dan kasih kepada anda semua yang bukan mangsa sesama lah kita membantu meringankan beban mereka ini.
"BAPAK BOREK ANAK RINTIK"
Pribahasa “Bapa Borek Anak Rintik” cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya orang melayu. Pribahasa ini membawa maksud apa sahaja perkara mahupun perbuatan bapa sama ada baik atau pun tidak akan di turuti anaknya.
NewTownCrew telah tersempak dengan dua beranak ini (seperti lam gambar) menaiki motor tanpa memakai helmet melalui jalan Sungai Taka .Sesetengah orang mengaggap perkara biasa tetapi pada hakikatnya tidak.
Laluan ini merupakan laluan utama terutamanya lori tanah dan juga kenderaan lain untuk ke Mahang.
Walaupun hanya untuk urusan yang berdekatan undang-undang mesti
di patuhi. Keselamatan paling utama, ingatlah orang tersayang. Sekali Pandang nampak hanyalah kesalahan tidak memakai helmet, tetapi tahukah kita bahawa pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak, sekiranya dari kecil sudah di ajar untuk melanggar undang-undang jalan raya, apakah akan terjadi bila besar nanti?? Tidak hairan lah sekiranya ramai belia malaysia terutamanya orang melayu terlibat dengan Rempit atau di kenali sebagai samseng jalanan akibat daripada jati diri yang rendah. Ingatlah !! Pendidikan bermula dari rumah....
HUBUNGI KAMI
ALAMAT
PEJABAT PENERANGAN DAERAH BANDAR BAHARU
NO. 4 & 5 TINGKAT ATAS,
KOMPLEKS SERI TASIK
09800 SERDANG,
BANDAR BAHARU,
KEDAH.
TEL : 04-4079073
FAKS: 04-407****
EMAIL: penbandarbaharu@inform.gov.my
View Larger Map
PEJABAT PENERANGAN DAERAH BANDAR BAHARU
NO. 4 & 5 TINGKAT ATAS,
KOMPLEKS SERI TASIK
09800 SERDANG,
BANDAR BAHARU,
KEDAH.
TEL : 04-4079073
FAKS: 04-407****
EMAIL: penbandarbaharu@inform.gov.my
View Larger Map
JAMUAN RAYA NEWTOWNCREW
Walaupun hampir sebulan bulan Syawal telah berlalu , sambutan Hari Raya Aidil Fitri masih lagi meriah, pelbagai rumah terbuka di adakan bagi memeriahkan suasana hari raya sama ada ia diadakan oleh Individu..syarikat..kilang..sekolah ..jabatan mahu pun agensi kerajaan ataupun swasta.. 
Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan tersebut. Menariknya jamuan raya ini kakitangannya bergotong-royong memasak juadah untuk tetamu yang datang..Diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah , En Anuar Asha'ari sebagai ketua Chef dan di bantu oleh kakitangan beliau iaitu Uncle Zuzun (Bang Zul ), Uncle Chapiq (Shafiq), Mama Ranggi (Kak Mah), pa'art
donutz (Azhar), Nuar Rider (Anuar)
dan juga Kak Doyah yang merupakan sukarelawati .
dan juga Kak Doyah yang merupakan sukarelawati .
Antara juadah yang di sediakan oleh kakitangan NewTowCrew Lontong...Gulai Ayam..Rendang Daging..Kuah Kacang/Nasik Impit..ini merupakan menu yang di masak sendiri oleh kakitangan pej. dan juga menu-menu lain yang turut serta mengimarahkan jamuan ini sama ada berbentuk sumbangan mahu pun belian. Menurut En. Anuar Asha'ari
(pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu ) "Jamuan raya secara gotong
royong ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta kerjasama yang erat antara kakitangan pejabat penerangan ".
Jamuan ini di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu yang terdiri dari Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Belia Daerah..Risda..AADK..Felcra..Pej. Penerangan Kulim..Komuniti Bestari Serdang dan lain-lain lagi..walaupun dengan bajet yang kecil Pej. Pen. Daerah Bandar Baharu berjaya mengadakan jamuan raya yang cukup meriah. Majlis bermula pada pukul 12.00 tgh hari dan berakhir 3 jam kemudian.
TANAH RUNTUH
API MISTERI
Cerok Menanti - Sekali pandang seperti tiada apa-apa yang berlaku rumah yang tersergam indah di Kampung Cerok Menanti..Sebenarnya di dalam rumah ini lah berlaku peristiwa pelik dan mesteri mengganggu kehidupan sebuah keluarga sejak beberapa tahun dahulu.
Kehidupan Mohd. Sidek (gambar) sekeluarga terganggu lebih daripada 10 tahun. Kejadian aneh ini bermula semenjak En. Sidek menjalankan perniagaan kedai runcit. tidak tahan dengan gangguan aneh En. sidek terpaksa menjual kedai beliau dan berpindah ke Kg. Cerok Menanti. Disini beliau ber
sama isteri mengambil upah menoreh getah bagi menampung kehidupan keluarga. "Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di
tengah hari", benda aneh kembali mengganggu mereka sekeluarga. Gangguan kali ini lebih dashyat berbanding dulu apabila perkakas di dalam rumahnya terbakar dengan sendiri.
sama isteri mengambil upah menoreh getah bagi menampung kehidupan keluarga. "Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di
tengah hari", benda aneh kembali mengganggu mereka sekeluarga. Gangguan kali ini lebih dashyat berbanding dulu apabila perkakas di dalam rumahnya terbakar dengan sendiri.Sidek mengambil keputusan untuk menghimpun segala barangan mudah terbakar dan di letakkan satu temp
at sebagai langkah berjaga dan memudahkan mereka untuk mengawal api sekiranya berlaku kebakaran. Menurut En. Sidek benda misteri ini bukan
sahaja berlaku di sekitar rumahnya sahaja. malah pernah motosaikal yang digunanya terbakar ketika beliau sedang monoreh getah di kebun. Benda mesteri ini juga menganggu anak-anak beliau di sekolah tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Menurutnya lagi antara gangguan yang di alami oleh anaknya ialah dengan
menyorak baju sekolah serta mengoyak buku-buku sekolah menyebabkan anaknya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pelbagai cara perubatan telah digunakan oleh keluarga ini bagi menghalau @ menghapuskan gangguan ini termasuk la khidmat perubatan dari luar negara seperti Thailand..Indonesia..Brunei..Kemboja dan lain-lain lagi termasuk lah tokoh Agama tempatan tetapi tidak berhasil..Beliau sekeluarga hanya mampu berserah kepada tuhan di atas cubaan yang menimpanya
at sebagai langkah berjaga dan memudahkan mereka untuk mengawal api sekiranya berlaku kebakaran. Menurut En. Sidek benda misteri ini bukan
sahaja berlaku di sekitar rumahnya sahaja. malah pernah motosaikal yang digunanya terbakar ketika beliau sedang monoreh getah di kebun. Benda mesteri ini juga menganggu anak-anak beliau di sekolah tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Menurutnya lagi antara gangguan yang di alami oleh anaknya ialah dengan
menyorak baju sekolah serta mengoyak buku-buku sekolah menyebabkan anaknya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pelbagai cara perubatan telah digunakan oleh keluarga ini bagi menghalau @ menghapuskan gangguan ini termasuk la khidmat perubatan dari luar negara seperti Thailand..Indonesia..Brunei..Kemboja dan lain-lain lagi termasuk lah tokoh Agama tempatan tetapi tidak berhasil..Beliau sekeluarga hanya mampu berserah kepada tuhan di atas cubaan yang menimpanya
Subscribe to:
Posts (Atom)