Pribahasa “Bapa Borek Anak Rintik” cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya orang melayu. Pribahasa ini membawa maksud apa sahaja perkara mahupun perbuatan bapa sama ada baik atau pun tidak akan di turuti anaknya.
NewTownCrew telah tersempak dengan dua beranak ini (seperti lam gambar) menaiki motor tanpa memakai helmet melalui jalan Sungai Taka .
Sesetengah orang mengaggap perkara biasa tetapi pada hakikatnya tidak.
Laluan ini merupakan laluan utama terutamanya lori tanah dan juga kenderaan lain untuk ke Mahang.
Walaupun hanya untuk urusan yang berdekatan undang-undang mesti di patuhi. Keselamatan paling utama, ingatlah orang tersayang. Sekali Pandang nampak hanyalah kesalahan tidak memakai helmet, tetapi tahukah kita bahawa pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak, sekiranya dari kecil sudah di ajar untuk melanggar undang-undang jalan raya, apakah akan terjadi bila besar nanti?? Tidak hairan lah sekiranya ramai belia malaysia terutamanya orang melayu terlibat dengan Rempit atau di kenali sebagai samseng jalanan akibat daripada jati diri yang rendah. Ingatlah !! Pendidikan bermula dari rumah....
No comments:
Post a Comment