28 Jan 2010- Hari ini semasa melaksanakan tugasan harian pejabat..terserempak dengan seorang hamba Allah berbangsa cina mengeluh..saya tanpa segan silu bertanya, "Apa Pasal taukey?" .. "haiya..hali-hali(hari) mata wa manyak sakit..tengok itu longkang..sudah bikin elok-elok tapi talak(tidak) kasi kemas..kilija(kerja) kasi cincai-cincai maaa.." katanya . hurmm.. ini isu ni fikir saya.. "taukey.. tempat tu kat mana? " tanya saya..
"itu lekat(dekat) Taman sli seledang (sri serdang)..". tanpa buang masa saya bergegas ke tempat yang di maksudkan dan berginilah keadaannya.

Kerja pembinaan ini juga bukan takat berselerak malah jalan yang menjadi laluan penduduk dari taman Sri Serdang ke pekan Serdang pun rosak. Kita tengok la macam mana sebab bukan jauh pun dengan pejabat Majlis Daerah lebih kurang 200 meter ja..tak tau projek ni sapa punya..kerajaan negeri ka pusat ka...tapi walau macam mana pun benda ni tak buleh biaq lama-lama nanti mai masalah lain pulak. tengok ja la sampah sarap dah tersangkut kat dalam tu pastu mula hingaq (bila) kawasan perumahan Taman sri Serdang di serang wabak denggi..salah siapa?? tepuk dada tanya iman..
No comments:
Post a Comment