Translate

Minuman Ringan Beralkohol

GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.
Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

** Rosak-rosak ..ni lah sikap peniaga/pengilang yang hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan sensetiviti org lain sanggup merosakkan orang ramai terutamanya pelajar yang mana bakal menjadi pelapis pemimpin negara...akibatnya negara bakal di pimpin oleh pemimpin yg otak 3rd class..negara lingkup rakyat sengsara..peniaga/pengilang camni kena kasi tindakan tegas sampai dia tobat nasuha..

No comments: