Translate

SEPAKAT BESTARI

15 OGOS 2009
Pada 15 hb Ogos 2009 baru-baru ni..Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu bersama 6 Mukim Komuniti Bestari dalam daerah ni mengadakan satu Program yang di namakan Sepakat Bestari...6 Mukim Komuniti Tersebut ialah KB Mukim Serdang Luar...KB Mukim Selama..KB Mukim Sg. Batu...KB Mukim Bagan Samak..KB Mukim Sg. Kechil Ilir dan KB Mukim Relau....Selain daripada itu kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu dan Kulim bersama unit pameran Ibu Pejabat Penerangan Negeri Kedah turut membantu bagi melicin perjalanan program pada hari tersebut.Komuniti Bestari di wujudkan supaya menjadi pusat percambahan idea di kalangan Ahli Komuniti Bestari yang terdiri daripada pelbagai Bidang dan latarbelakang bagi membantu meningkatkan kemajuan dalam bidang pendidikan...ekonomi..sosial dan sebagainya di kalangan masyarakat setempat...Manakala Program sepakat Bestari yang julung kalinya di adakan di Daerah Bandar Baharu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara 6 mukim Komuniti Bestari daerah ini dan mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli serta masyarakat setempat tanpa mengira status dan juga ideologi bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia

Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Shaari bin Idris, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia mewakili Dato' Ketua Pengarah Jabatan Penerangan malaysia.



Program Bermula Sejak Pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 5.00 petang. Program ini di hadiri lebih 500 masyarat pelbagai kaum dan agama. .... Program ini juga di meriahkan lagi dengan kehadirin pelancong asing dari pelbagai negara diantaranya Brunei..Vietnam..Bangladesh...Mesir...Syiria yang di bawa oleh Komuniti Bestari Relau di bawah Program Kementerian Pelancongan dan Homestay Relau. Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program diantaranya ialah.....


Tarian/senaman Pocho-pocho

-Pertandingan Mewarna kanak-kanak
- Pertandingan Memasak antara Komuniti Betari




-Pertandingan Gubahan Bunga antara Komuniti Bestari




-Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Patriotik


- Sukaneka Rakyat



-Pameran/pertunjukan Audio Kereta & Auto Show



- Pameran dan jualan dari agensi Kerajaan dan Swasta.




-Cabutan nombot bertuah



-Kenduri kampung

No comments: